“Kerjasama Muafakat Nasional akan terus dijaga sebaik mungkin dalam menghadapi fitnah dan cabaran yang boleh menggugat kerjasama ini.” Itu adalah antara bait kata semangat daripada Ketua Cawangan PAS Seksyen 19B YM Raja Shuran Raja Ismail dalam ucapan alu-aluannya di dalam Persidangan Tahunan Pergerakan UMNO Wanita & Pemuda petang tadi.
Majlis yang dihadiri oleh seramai 50 orang tetamu dan berlangsung di kediaman Ketua Wanita UMNO bahagian tersebut telah diserikan dengan kehadiran saf pimpinan PAS cawangan terdiri daripada Pengerusi Tetap PKSA Hj Amir Nordin dan Setiausaha Hj. Jailani Hashim.
Dengan kehadiran tetamu PAS sebagai jemputan perasmi ini semakin menyerlahkan jalinan Muafakat Nasional terus kukuh erat dan bakal menjamin kemenangan pada PRU15 nanti.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
6 Muharram 1442H | 25 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor