Selayang, Selangor | 9 Ogos 2020
Pagi ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang kali ke 31.
Mesyuarat tersebut telah diakan di Dewan Limar, Institut Kraf Negara, Rawang Selangor. Suasana mesyuarat kali ini berbeza dengan tahun – tahun yang lalu. Ini kerana rentetan daripada penularan pendemik wabak COVID-19 baru – baru ini.
Para perwakilan haruslah mematuhi SOP yg telah tetapkan bagi mengelak daripada terjadinya jangkitan virus wabak Covid-19 ini di kalangan perwakilan. Perasmian telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad Ketua Penerangan PAS Pusat.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang diketuai oleh Ustaz Mohd Firdaus Madzlan selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang.
Dari mula sampai ke akhir perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang berjalan dengan lancar dan aman.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan