Hijrah adalah peristiwa agung yang menyaksikan tertegaknya sebuah negara Islam di Madinah.
Kejayaan Hijrah bermula dengan strategi hebat yang disusun oleh Rasulullah SAW dengan bermulanya perjanjian Aqabah pertama kemudian disusuli kejayaan perjanjian Aqabah kedua pada tahun hadapan apabila diutuskan duta awal ke Yathrib (nama lama Madinah) iaitu Mus’ab Umair bagi meninjau masyarakat di sana.
Kemudian tersusun rapi perancangan menjayakan Hijrah Rasul dengan :
- Peranan orang berpengaruh iaitu Sayiduna Abu Bakr dalam menemani Baginda SAW dalam perjalanan sepanjang Hijrah.
- Peranan pemuda yang diposisikan di posisi yang getir iaitu Sayiduna Ali menggantikan di tempat tidur Baginda SAW, manakala Abdullah bin Abu Bakr menjadi perisik di tengah masyarakat Mekah serta Amir bin Fuhairah mengembala biri-biri bagi menutupi kesan jejak Abdullah bin Abu Bakar yang keluar menuju ke Gua Thur dalam menyampaikan informasi ke Rasulullah SAW bersama Sayiduna Abu Bakr sewaktu persembunyian.
- Peranan muslimat menerusi watak Asma bin Abu Bakr yang menyediakan makanan dan ulang alik menghantar ke Gua Thur.
- Peranan non Muslim yang membantu iaitu Abdullah bin Uraiqit yang menunjukkan jalan bukan kebiasaan laluan kaum Arab dalam menuju ke Madinah bagi mengelakkan bertembung di tengah perjalanan.
Hijrah Rasul kemudian disambut dan dijayakan sebaik tiba di Madinah dengan persaudaraan dan penyatuan ummah antara Muhajirin dan Ansar serta Aus dan Khazraj. Menunjukkan kekuatan kesatuan ummah berjaya membina kekuatan survival politik Islam di Madinah yang akhirnya berjaya meletakkan Piagam Madinah.
Justeru, PAS Puchong mengajak semua umat Islam mengambil pengajaran-pengajaran yang cukuo hebat untuk diimplimentasikan dalam senario politik tanah air pada hari ini.
“Ummah Rabbani, Negara Harmoni”
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Hj Saiman
Yang-Dipertua PAS Kawasan Puchong
1 Muharram 1442H | 20 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor