Home Berita PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor – Program Edar Bendera Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-63

717
SHARE

Hulu Selangor, Selangor | 17 Ogos 2020

Muafakat Nasional Zon / Gugusan Serendah, Hulu Selangor telah menganjurkan program edar Bendera Malaysia dan menjalankan kempen kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2020.

Jalur Gemilang juga merupakan satu lambang Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara. Oleh yang demikian, amalan mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya sudah dibudayakan dalam kehidupan seharian kita.

Tuan Hj Mohd Hasnizan Bin Harun selaku Yang-Dipertua PAS Kawasan Hulu Selangor merangkap Bendahari PAS Negeri Selangor juga turut hadir dalam program mengedar Bendera Jalur Gemilang itu.

Selain itu turut kelihatan Ir Dr Hj Mohmad Asari Daud, Hj Mohmad Azman Theeran, Tn Shamsuddin Sharip, Hj Yahya Shaari (wakil Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan) serta AJK PAS dan UMNO disemua peringkat.

Kita telah Merdeka dari Kerajaan PH dan sewajibnya kita pertahankan Kerajaan PN yang ada sekarang ini sehingga berlakunya PRU-15.

Kerajaan telah mengumumkan “Malaysia Prihatin” sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-63 pada tahun ini. Ayuh sama-sama kita menyahut seruan Kerajaan agar mengibarkan Bendera Jalur Gemilang sebagai tanda satu semangat cinta akan Negara.

Insyaallah jika diizin Allah kita akan menerajui Negara sekali lagi bersama Parti Komponen Muafakat Nasional selepas PRU-15 dengan jayanya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PASHuluSelangor
#MuafakatNasional