Gombak, Selangor | 20 Ogos 2020
Lawatan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan Gombak telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan KLMO Taman Sunway Batu Caves.
Ia adalah siri kedua dalam Siri Lawatan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan Gombak yang terkini ke DUN-DUN di dalam Parlimen Gombak. Pimpinan PAS Kawasan diwakili oleh JK Harian diketuai oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak; Ustaz Saleh Huddin Nasir manakala di peringkat Dun Gombak Setia dihadiri oleh AJK Jentera Pilihanraya semua peringkat DUN Gombak Setia termasuk Pemuda, Muslimat, Ulamak & DHPP.
Lawatan ini membolehkan pihak AJK Jentera Pilihanraya DUN berjumpa & berdialog bersama PAS Kawasan. Selain itu, taklimat persediaan jentera pilihanraya DUN juga disampaikan selain maklumat arahan terkini dari para pimpinan.
Secara tuntasnya, lawatan ini mengambarkan bahawa tidak kira apa bentuk pertandingan di dalam pilihanraya ke-15 akan datang, AJK Jentera Pilihanraya DUN Gombak Setia telah bersiap-sedia untuk menghadapinya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor