Bangi, Selangor | 17 Ogos 2020
PAS Kawasan Bangi telah mengadakan program Semarak Hijau dalam DUN Sungai Ramal di Taman Impian Ehsan Balakong. Dr. Che Rosli Che Mat telah bertemu dengan Mejar Abd Rahim, mantan calon UMNO DUN Sungai Ramal yang menjadi seteru sewaktu PRU-14 dan kini bertaut dalam Muafakat Nasional.
Muafakat Nasional menyatukan Ummah agar Negara terpelihara daripada anasir tidak baik yang telah memusnahkan keharmonian di dalam Negara ini dalam masa yang singkat iaitu selama 22 bulan PH memerintah. Jangan biarkan ianya berlaku sekali lagi.
Semarak Kasih Muafakat Nasional Peringkat Kawasan Bangi telah dilancarkan pada 15 Ogos 2020 sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bangi.
Adab masuk kampung PAS akan ketuk pintu (Beri Salam) dahulu. Islam mengajar kita berhemah sebelum memasuki sesuatu rumah (kawasan/kampung) berilah salam dahulu.
Susulan daripada program Semarak Hijau PAS Kawasan Bangi di dalam DUN Sungai Ramal di Taman Impian Ehsan, pimpinan PAS Kawasan dan petugas telah mengadakan kunjungan hormat menemui ketua masyarakat setempat. Semoga kunjungan ini mengeratkan lagi silaturrahim dan perpaduan. Pepatah ada berkata: “tak kenal, maka tak cinta!”
Program Semarak Hijau ini diadakan dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Impian Ehsan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
27 Zulhijjah 1441H | 17 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#TeamMediaPASSelangor
#MuafakatNasional
#MuafakatNasionalBangi
#MalaysiaSejahtera