Dengkil, Sepang | 19 Julai 2020
Hari ini Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke – 32. Mesyuarat Agung Tahunan berkenaan diadakan di Paya Indah Wetland, Dengkil. Mesyuarat Agung berkenaan diketuai oleh Ustazah Khamisah Ahmad selaku Ketua Muslimat, Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang.
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang telah dirasmikan oleh Ustazah Noraini Binti Hussin, beliau merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor. Turut hadir sebagai tetamu jemputan di dalam majlis berkenaan adalah Ir. Hj. Mohd Haslin Hasan selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Sepang.
Perasmi telah mengingatkan kepada perwakilan beberapa perkara iaitu bekerja lah sebagai satu pasukan, suburkan semangat dalam menghadapi PRU 15 akan datang dan lain-lain lagi.
Perwakilan Muslimat yang hadir lebih kurang seramai 92 orang perwakilan yang terdiri daripada ahli2 jawatakuasa diperingkat Kawasan dan Cawangan. Mesyuarat Agung ini juga merupakan program himpunan pertama anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang selepas Perintah Kawalan Pergerakan diadakan mengikut SOP yang telah diarahkan oleh pihak Kerajaaan.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan