Home Kenyataan Media PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kota Raja

909
SHARE

Haji Mohamed Diah Baharun
Yang Di-Pertua Pas Kawasan Kota Raja

Menyamakan Hijratul Rasul Dengan Isu Pelarian Kini Adalah Kebiadapan Melampau Presiden Parti Amanah Negara

  1. PAS Kawasan Kota Raja memandang serius berhubung gelaran pelarian ke atas Baginda Nabi S.A.W. Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai suatu pelarian. Pendapat Orientalis Barat ini boleh disangkal kerana konsep hijrah Islam berbeza dengan konsep hijrah Barat seperti hujah berikut :

Daripada Ibn Abbas RA mengatakan :

Maksudnya: “Nabi SAW dilantik menjadi rasul pada usia 40 tahun dan baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun (dalam menyampaikan dakwahnya). Kemudian, baginda menerima wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan agar berhijrah. Maka baginda SAW berhijrah dan menetap di sana selama 10 tahun lalu wafat ketika berusia 63 tahun.” [Hadis Riwayat al Bukhari (3902)]

  1. Hijrah Nabi SAW ke Kota Madinah didahului dengan pelbagai peristiwa penting antaranya berkaitan perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua berdasarkan wahyu daripada Allah S.W.T. Penghijrahan dari satu tempat ke suatu tempat bukanlah perkara yang asing dalam sirah Nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan lain-lain. Diwaktu itu tiadanya sempadan, visa, passport dan bebas bergerak ke merata tempat berpandukan wahyu Allah SWT. Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

Maksudnya: “Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah adalah al-Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (Nama lama bagi kota Madinah).” [Riwayat al-Bukhari (3622)]

  1. Penghijrahan Nabi S.A.W. bertujuan meneruskan dakwah dan mengembangkan Islam seterusnya mendirikan sebuah negara Islam pertama. Bahkan, masyarakat Yathrib (nama sebelum Madinah) sendiri yang menyambut dan mengalu-alukan kedatangan baginda ke bumi Yathrib penuh kegembiraan dan kesyukuran. Hal ini juga, Yathrib merupakan tempat kelahiran bonda Nabi S.A.W. dan kaum kerabat nabi sebelah ibu.
  2. Justeru, apabila Presiden Parti Amanah Negara menggelarkan Nabi S.A.W. sebagai pelarian untuk menggambarkan tindakan Nabi S.A.W. berhijrah menerusi wahyu Allah S.W.T. seperti isu-isu pelarian kini adalah kebiadapan yang melampau dan menghina agama Islam sendiri. Tindakan Presiden Parti Amanah Negara yang juga Ahli Parlimen Kota Raja benar-benar mengguris hati umat Islam khususnya Muslim di Kota Raja.
  3. Kebiadapan ini pula bukanlah kali pertama diungkapkan oleh pimpinan Parti Amanah Negara. Sebelum ini, Junjungan Nabi S.A.W. digelar “Nabi Pun Mungkir Janji”. Inilah akibatnya apabila golongan yang memusuhi Islam dijadikan teman sejati sehingga sanggup menghina agama Islam sendiri.
  4. Saya mewakili PAS Kota Raja menggesa dan menuntut agar Presiden Parti Amanah Negara bertaubat, memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan menjaga adab dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan Nabi Muhammad S.A.W. Kami, masyarakat di Kota Raja tidak memerlukan penghina agama sendiri sebagai ahli parlimen.
    Sekian.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

7 Zulhijjah 1441H | 28 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan