Shah Alam, Selangor | 27 Julai 2020
“Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Shah Alam Kali Ke-33 Dalam Suasana dan Iklim Norma Baharu dengan Iltizam dan Semangat Baharu.”
Bertempat di D’Tahta I-City, Shah Alam Selangor pada Ahad bersamaan dengan 26hb Julai 2020 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Shah Alam Kali Ke-33 dalam suasana amat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya di mana setiap peserta perlu mematuhi tuntutan dan pantang larang yang cukup ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan Covid-19.
Walaupun masih berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kehadiran ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam amat memberangsangkan demi sokongan dan juga melaksanakan tanggungjawab sebagai perwakilan.
Di dalam ucapan alu-aluan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, YBhg Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menekankan bahawa para ahli diakar umbi mesti bersiap siaga jika berlakunya PRU mengejut yang ramai para penganalisa politik meramalkan bakal diadakan antara bulan Oktober hingga Disember tahun ini.
Kesiap siagaan bukan sahaja dari gerak kerja tetapi dari segi mental juga. Perlunya setiap ahli, pendokong dan penyokong PAS Shah Alam pasakkan dalam minda dan jiwa mereka betapa PAS kini bergerak dalam suatu gabungan yang telah pun ditanda tangani bersama UMNO atas nama Muafakat Nasional.
Tiada lagi istilah PAS bergerak secara solo sepertimana pada PRU ke-14 lalu.
Majlis juga amat bertuah kerana dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Majlis Syura Ulamak PAS YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dalam ucapan perasmiaannya menekankan agar tiada ahli PAS yang buat kerja dan keputusan pemimpin terutamanya dalam bab agihan kerusi antara rakan komponen dalam Perikatan Nasional. Perlu serah seluruh kepercayaan dan tanggung berat itu kepada pucuk pimpinan untuk menentukkannya.
Para ahli, pejuang, pendokong dan penyokong PAS, hendaklah wala’, akur dan taat kepada keputusan pucuk pimpinan parti.
Majlis turut dimaniskan dengan kehadiran Dato’ Azhari Dato’ Hj Saari, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam.
Kelancaran mesyuarat dan muhasabah para perwakilan yang hadir terhadap segala aktiviti cawangan-cawangan PAS Kawasan Shah Alam, menjadi bukti komitmen dan kesungguhan yang tinggi ke arah mendokong hasrat menegakkan Islam menerusi wadah politik itu.
Terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang bertugas yang banyak membantu melaksanakan setiap tugasan dengan pantas, tuntas, lancar, efektif dan tersusun.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan