Shah Alam | 5 September 2020
Jabatan Amal Malaysia Shah Alam hari ini bertungkus-lumus membantu masyarakat sekitar yang terputus bekalan air bersih. Ini susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang kerana pencemaran yang menyebabkan bekalan air terputus sejak tiga hari lalu di Lembah Klang.
Menurut Ketua Operasi Misi Bantuan, Aubidullah Fahim Ibrahim sumber bantuan tersebut diperolehi daripada sumbangan pelbagai pihak. Team bantuan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan sasaran tempat yang berjauhan dengan lokasi pili air awam dan pusat bekalan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
Antara kawasan yang menerima bantuan bekalan air daripada Jabatan Amal pada hari ini adalah penduduk sekitar blok-blok di Seksyen 7 dan Seksyen 16, Shah Alam. Bantuan tersebut disambut dengan perasaan terharu oleh masyarakat sekitar yang berterima kasih atas khidmat bakti yang disumbangkan oleh Jabatan Amal setelah tiga hari bekalan air terputus kawasan mereka.
Pada hari ini, warga maya Shah Alam melahirkan perasaan kecewa terhadap Ahli Parlimen mereka, Khalid Samad yang masih berada di sebuah kampung Kelantan termasuk mengikuti program minum teh dan mengacau bubur asyura. Hal itu menunjukkan ketidakprihatinan Khalid sebagai wakil rakyat terhadap nasib yang dihadapi oleh mereka.
Untuk rekod, Jabatan Amal Malaysia Shah Alam di bawah khidmat bantuan awam oleh PAS Kawasan Shah Alam yang merupakan seteru politik utama Parti Amanah Negara (PAN) dengan Khalid adalah antara pimpinan utamanya. — Shahalamku.com
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor