Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Klang – Ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia Tahun 2020

202
SHARE

Firman Allah SWT:

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

(Surah al-Baqarah : 257)

Pembentukan atau penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat adalah sejarah yang cukup penting.

Laungan “merdeka” tujuh kali oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Stadium Merdeka menjadi detik keramat menjadikan sebuah negara Malaysia.

Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan. Semangat kedua-duanya perlu kita ambil dalam mempelajari dan memahami ilmu sejarah.

Melaluinya, sedikit sebanyak kita dapat melihat bahawa sejarah itu suatu proses yang bersambungan. Suatu peristiwa yang dihadapi hari ini adalah sebahagian daripada peristiwa semalam dan kemungkinan besar, akan menunjang sebahagian peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Masa depan negara bangsa yang dibina hari ini bergantung kepada generasi muda yang kemudian akan mengambil alih kepimpinan negara dengan kebijaksanaan dan wawasan yang dibentuk, lantas menuntut mereka tidak lupa melihat ke belakang berdasarkan cermin sejarah.

Generasi baru hari ini diingatkan agar segera mendaftarkan diri sebagai pemilih bagi yang belum mendaftar kerana ianya sebagai tanggungjawab kita warganegara Malaysia. Apa erti kita laungkan kemerdekaan jika kita abaikan tanggungjawab sebagai rakyat.

Dengan ini PAS Kawasan Klang mengucapkan Selamat Hari Malaysia dan semoga kita semua dapat menghayati ibrah dan pengajaran dalam sejarah negara kita.

“Malaysia Prihatin”
“Islam Memimpin Malaysia Sejahtera”

Ustaz Khalid Nayan
Yang-Dipertua PAS Kawasan Klang

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor