Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Gombak – Program Sambutan Ulang Tahun Muafakat Nasional Gombak Peringkat Cawangan Kg. Laksamana

376
SHARE

Gombak, Selangor | 16 September 2020

Akar umbi PAS dan UMNO Kg. Laksamana hari ini telah menganjurkan program santai Muafakat Nasional bertempat di perkarangan kediaman Ketua Cawangan UMNO Kg Laksamana, Tn Hj Rasheed S. Afshur.

Program yang didakan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah dan ramah mesra diantara Ahli serta pemimpin kedua-dua parti bagi memperkukuh Kerjasama Muafakat Nasional bagi menghadapai PRU-15 tidak lama lagi.

Majlis tersebut dihadiri oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti PAS & UMNO iaitu Ustaz Saleh Huddin Mohd Nasir Yang-Dipertua PAS Kawasan Gombak dan Datuk Megat Zulkarnain Omar Din Ketua UMNO Bahagian Gombak. Turut hadir bersama AJK PAS dan UMNO diperingkat Kawasan dan Bahagian.

Lebih 120 orang ahli dari penyokong kedua-dua parti Melayu terbesar itu hadir beramah mesra disamping mendengar amanat dan penerangan isu semasa oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Jelas kelihatan komitmen akar umbi kedua-dua parti yang hadir memberi gambaran bahawa tidak kira apa bentuk pertandingan di dalam Pilihanraya Ke-15 akan datang , Muafakat Nasional di Kg Laksamana khususnya dan Gombak amnya bersedia menghadapinya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor