Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi – Program Semarak Hijau & Ziarah Kasih 2.0 Muafakat Nasional Parlimen Bangi

358
SHARE

Muafakat Nasional Parlimen Bangi terus mengorak langkah menyantuni ummah menyebar risalah dakwah. Mudah2an diterima Allah swt.

Kali ini giliran PAS cawangan jalan 1/7 (Jprd seksyen 1) dengan kerjasama Umno cawangan jalan Bandar menjadi tuan rumah.

Biasanya kalau dalam program ceramah penerangan apatah lagi Liqa Fikri dan kuliah haraki yang bersifat dalaman, para pimpinan akan dibebankan dengan menyampai amanat, taujihat dan pengisian mengukuh fikrah dan aqidah perjuangan. Berbeza dengan Ziarah Kasih, kali ini kita hadiahkan telinga dan hati untuk lebih banyak mendengar nasihat dan menerima suara hati masyarakat setempat.

Fokus Ziarah Kasih kami kali ini lebih kepada figura setempat, antaranya:

  1. Dr. Shafie Bin Abu Bakar, mantan YB Adun Bangi yang sekarang lebih sinonim dengan Nazir Masjid Al-Umm
  2. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin, mantan TNC HEP UKM, Professor FSTM
  3. Ustaz Abdul Rahman Nawas, tokoh berpengalaman Darussyifa
  4. Cikgu Mohd Nasir Jali, pengasas dan mantan ketua cawangan pas jalan 1/7

Alhamdulillah, banyak mutiara kata, nasihat, buah fikiran dan harapan sempat dititipkan buat kami generasi penyambung risalah perjuangan. Seronok. Puas. Semoga menjadi bekalan dan panduan buat kami untuk terus beristiqamah hingga kemenangan.

Terima kasih semua.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor