Home Berita PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi – Perkasakan Muafakat Nasional menuju PRU-15

542
SHARE

Bangi, Selangor | 7 September 2020

Ahli PAS diseru untuk memperkasakan Muafakat Nasional dengan mengadakan program-program secara berkala bersama rakan kerjasama terutamanya UMNO. Hal ini ditegaskan Ketua Muslimat PAS Kawasan Bangi, Hamsatul Hamzah dalam ucapan perasmian program Semarak Hijau PAS Kawasan Bangi di Dun Kajang pagi tadi.

Beliau juga memperingatkan ahli kedua parti agar mengenepikan segala kekurangan yang ada di pihak Umno mahupun PAS dan memberikan fokus kepada perkara yang lebih utama iaitu memperkukuhkan Maufakat yang telah dimaterai.

Dalam masa yang sama, Hamsatul turut mengajak agar ahli bersama-sama menjaga adab dalam berjemaah dan meletakkan sepenuh taat, wala dan thiqah kepada kepimpinan parti

“Kita bina hubungan, kita bina kekuatan melalui pertemuan-pertemuan tersebut. Kita letak di tepi lah kalau ada apa-apa kekurangan di pihak sana, ataupun apa-apa kekurangan di pihak kita sendiri, kita letak ke tepi. (dan) kita kena tonjolkan naratif Maufakat Nasional dalam gerak kerja kita.

“Selagimana apa yang kita buat menepati adab-adab di dalam Jemaah, selagi itu menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli jemaah, sebagai ahli pas untuk taat, wala, dan juga thiqah pada pimpinan,” ujarnya.

Program yang bertujuan untuk meluaskan agenda memasyarakatkan PAS kepada pelbagai kaum ini telah direalisasikan dengan aktiviti ‘Anda Di Hari Kami’ (AHDK) iaitu siri ziarah penduduk setempat yang kurang bernasib baik.

Selain itu, kaunter daftar pengundi dan edaran risalah penerangan berkenaan PAS turut diadakan untuk masyarakat setempat.

Turut hadir dalam program pagi ini ialah Ketua Pengarah Pilihanraya, Haji Sharonizam bin Nordin, Pengarah Jabatan Pilihanraya Dun Kajang, Haji Ahmad bin Sulaiman, Timbalan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi, iaitu Pn Sathia Bama dan timbalannya Pn Saraswathy serta wakil pemuda dan muslimat kawasan bangi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor