Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi – Muafakat Nasional Bangi Hargai Jasa Pemimpin Terdahulu

604
SHARE

PAS Cawangan Seksyen 1 dan UMNO Cawangan Jalan Bandar telah mengadakan program Semarak Kasih bertempat di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ziarah bekas pemimpin masyarakat.

Pimpinan yang hadir bersama ialah Timbalan Yang Dipertua Pas Bangi, Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz, Ketua UMNO Cawangan Jalan Bandar, Tuan Haji Talib dan Ketua PAS Cawangan Seksyen 1, Tuan Haji Kamaruddin Yusof.

Pemimpin yang diziarahi pada hari ini ialah Dr Shafie Abu Bakar. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang 1999-2004 dan ADUN Bangi 2008-2013. Beliau juga merupakan mantan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia bertaraf professor madya.

Bekas Adun dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini merupakan individu yang tidak asing lagi di sini. Kemenangan beliau di DUN Kajang pada PRU10 (1999) boleh dianggap perintis kepada PAS di kawasan ini sehinggalah PAS memenangi DUN Bangi pada PRU12 (2008) dan PRU13 (2013).

Beliau juga banyak menyumbang jasa dan bakti kepada masyarakat terutama sebagai salah seorang arkitek awal dalam mengusahakan gagasan Bangi Bandar Ilmu serta Pembangunan Masjid Al-Umm.

Buah fikirannya dalam pembentukan gagasan Bangi Bandar Ilmu dapat dilihat menerusi penerbitan buku-buku seperti “Bangi Bandar Ilmu”, “Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu” dan “40 Tahun (1977-2017) Bandar Baru Bangi.”

Semoga beliau dan isterinya Ustazah Mu’minah serta ahli keluarganya yang lain diberi kesihatan dan kesejahteraan sentiasa.

Demi Islam
Maufakat Nasional Bangi

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#MuafakatNasionalBangi
#PASBangi #UMNOBangi
#MalaysiaSejahtera
#PerikatanNasional
#MalaysiaPrihatin