Home Berita PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi – Kaunter Daftar Pemilih Baru Dibuka Bagi Yang Belum Mendaftar

611
SHARE

Saat Muktamar PAS Pusat sedang rancak berlangsung, Pemuda PAS Kawasan Bangi tidak culas untuk membuka Kaunter Daftar Pemilih semasa Program Semarak Hijau DUN Sungai Ramal di Sungai Tangkas hari ini.

Gerakan mendaftar seramai mungkin pengundi terutama anak muda adalah antara usaha yang diambil serius Pemuda PAS Bangi kerana Malaysia hari ini dilaporkan memiliki seramai 4.2 juta penduduk yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Kuasa dan aura anak muda perlu diterjemahkan kepada medium seperti ini selari dengan sistem demokrasi Negara kita.

Setiap rakyat punya hak untuk memilih siapa yang bakal memimpin dan mentadbir Malaysia pada masa akan datang.

Fasya Sulaiman, 24, antara anak muda yang hadir untuk mendaftar sebagai pemilih di rerurai PAS hari ini.

Beliau yang ditemui berkata, anak muda perlu bijak mengambil peluang terbuka ini untuk memilih pemimpin yang berintegriti dan mampu membawa suara mereka dalam dewan rakyat.

“Sebagai anak muda, kita patutlah mendaftarkan diri sebagai pemilih. Walaupun pilihan raya yang lalu sudah lepas, tetapi ianya masih belum terlambat.

“Anak muda punya hak untuk memilih siapa pemimpin mereka pada masa akan datang.”

PAS Kawasan Bangi komited untuk memberi kesedaran kepada rakyat akan pentingnya mendaftar sebagai pemilih seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pengundi dalam Pilihanraya akan datang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor