Bangi, Selangor | 8 September 2020
Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bangi telah mengadakan aktiviti ziarah golongan memerlukan di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.
Aktiviti bersempena program Semarak Kasih ini telah menziarahi seorang warga emas, Rajambal A/P Manickam yang berusia 80 tahun yang terlantar sakit tua.
Sebuah katil khusus telah disumbangkan bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada puan Rajambal menjalani kehidupan seharian.
Kunjungan ini dilakukan bagi menyatakan kebersamaan persatuan ini dalam membantu mereka yang memerlukan.
Menurut Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi (DHPP), Puan Sathia Bama, program-progam sebegini perlu diteruskan tanpa mengira agama sebagai tanda solidariti kita kepada mereka yang memerlukan.
“Harapan saya adalah kita perlu teruskan program-program OKU sebegini tanpa mengira agama, kerana mereka sudah tidak mampu berkerja seperti kita. terus Istiqamah mengurangkan beban mereka dengan memberi bantuan seperti hari ini, katil, pampers dan seumpamanya,’ ujar beliau.
Kunjungan tersebut turut disertai Timbalan Yang Dipertua Pas Bangi, Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor