Home Artikel PAS Terengganu

Keyakinan kepada Allah faktor kejayaan.

100 views
SHARE

SETIU 17 OKT 17: Untuk Istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah, setiap pejuang mestilah yakin, percaya dan sentiasa bersandar kepada Allah.

Pesonaliti TV, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengingatkan,  jika hanya bersandarkan kepada logik akal, ianya akan menemui jalan buntu.
Beliau merupakan tetamu istimewa Bicara Hijrah yang diadakan di Dewan Terbuka Taman Rekreasi Merang, di sini pada 14.Oktober yang lalu.
“Mana boleh, tak bolehnya, inikan Malaysia negara majmuk, Cina ramai, tapi kalau kita betul-betul ‘solid’ dengan janji Allah, Allah boleh tolong,” ujar beliau 

Beliau mengungkap beberapa kisah Nabi Muhammad  SAW dan Sahabiah, Ummu Aiman yang berjaya berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan pertolongan Allah walaupun pelbagai rintangan dihadapi.

“Kenapa dia dapat pertolongan itu? Sebab dia yakin kepada Allah, percaya kepada Allah, Allah akan bantu kita,” tambahnya

Pada majlis itu, turut dilancarkan Tabung Rohingya di mana sumbangan akan disalurkan terus kepada mangsa Rohingya yang berada di kem pelarian Cox’s Bazaar, Bangladesh menerusi pertubuhan yang berdaftar. Di samping itu juga tabung amal kebajikan NGO tersebut turut diedarkan bagi membantu  merancakkan lagi program-program berbentuk kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan khususnya di Daerah Setiu.