Home Berita PAS Selangor

Kewujudan Dracula Adalah SATU Mitos Atau Realiti – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

846
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

Benarkan Dracula WUJUD? Siapakah Dracula sebenarnya?

Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat.

Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat tetapi Dracula merupakan keterbalikannya tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.

kisah Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia berketurunan Vlad Dracul. Dracula membesar bersama sultan Muhammad Alfateh di istana Turki Uthmaniah ia sebagai tahanan istana setelah wilayah Wallachia berada dibawah pemerintahan Uthmaniah.

Akhirnya Dracula memberontak dan menentang Uthmaniah diatas dendam yang begitu lama.

Dalam peristiwa Perang Salib Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam.

Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam.

Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya dan yang paling kejam adalah disula.

Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan.

Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. sehingga saat ini di Romania Dracula masih dianggap pahlawan.

Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan-pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.

Untuk menutup kekejaman mereka Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.

Kejayaan Barat dalam menipu umat Islam dengan movie dan media.

Jom Follow:
tiktok.com/@hanifj_87
https://www.instagram.com/abufatihzinirah
https://twitter.com/abifateh87?s=09

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor