Home Berita PAS Perak

Keutamaan muslim haraki dalam jamaah Islam

66
SHARE

Oleh: NurAsilah Noor

TELUK INTAN, 19 Ogos : Lajnah Tarbiah Kawasan Teluk Intan meneruskan agenda tarbiah dengan mengadakan Liqa’ Fikri bulanan bertempat di Dewan Wak Johar, Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) di sini baru-baru ini.

Lelah membantu PRU enam negeri masih terasa (namun) ianya tidak melunturkan semangat ahli untuk memantapkan ilmu dalam perjuangan mendaulatkan agama Islam di Malaysia.

“Muslim yang baik bukan sekadar memenuhi ibadah fardiah semata malahan perlu berperanan sebagai Muslim ‘Haraki’ dalam membantu masyarakat mengenal Allah,” kata Naib Presiden PAS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad ketika berucap pada malam tersebut.

Katanya lagi, Muslim Haraki perlu mempersiapkan diri dengan bekal yang cukup seperti ilmu, tarbiah, semangat dan amal agar tidak tewas dalam gerakerja dakwah.

Muslim Haraki juga sentiasa bergerak aktif dalam masyarakat serta berpegang dengan ajaran agama Islam secara ‘kaffah’ atau menyeluruh.

Mereka juga memahami dua perkara penting dalam Islam iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia dan menterjemahkannya dalam kehidupan.

Turut hadir, ADUN Changkat Jong, Naziruddin Bandi, Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Mohd Azhar Rafiei serta ahli jawatankuasa yang lain.