Oleh: Fikril Nizam Mohamad
25 Mac 2024
KINABATANGAN: Program tradisi PAS Kawasan Kinabatangan, Ketuk-ketuk Sahur erat hubungan dengan petugas barisan hadapan.
Menurut Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Aziz Baitul Makmur, semasa program itu, mereka menyantuni petugas dengan menyerahkan juadah bersahur.
“Ziarah ini bermula seawal jam 2.30 pagi bersama ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan.
“Program kali ini melibatkan petugas di balai bomba dan penyelamat, hospital serta balai polis,” ujarnya semasa edaran semalam.
Selain itu, PAS Kinabatangan menziarahi pengawal keselamatan sekolah rendah dan menengah antaranya SK Bukit Garam 2, SK Kota, SMK Bukit Garam 1 dan 2.
Mereka turut menziarahi pengawal keselamatan yang bertugas di Perpustakaan Kinabatangan.
Petugas barisan hadapan berterima kasih dan menghargai usaha PAS menziarahi dan berkongsi juadah sahur bersama mereka.