Oleh : Ustaz Rizuan Rahmat
إنا لله وإنا إليه راجعون
DariNya Kita Datang…kepadaNya kita kembali…
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Paimuzi Yahya yang dijemput Ilahi pada jam 1.00 tengah hari di Hospital Sungai Buloh.
Allahyarham merupakan seorang pegawai JAKIM yang telah berkhidmat dengan cemerlang selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam. Beliau telah memegang beberapa jawatan penting seperti menerajui JAKIM Sabah, ILIM, Darul Quran JAKIM, JAWI, MAIWP sebelum menjadi Ketua Pengarah JAKIM. Semoga dengan sumbangannya yang besar itu menjadi lading pahala baginya untuk bertemu Allah.
Beliau dikenali sebagai orang baik dan berbakti kepada medan dakwah serta menghabiskan banyak masanya untuk membangunkan Islam. Mudahan Allah mencucuri rahmat kepadanya dan mengampunkan segala dosanya.
Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor