Oleh : Azril Hairi Abd Rasyid
Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor
“لَوْ لَا المُرَبِّي مَا عَرَفْتُ رَبِّي”
” Jika bukan kerana Guru, maka aku tidak kenal akan Tuhanku “
Muallim. Murobbi. Mudarris. Muzakki. Muaddib.
Buat Guru yang utama dan pertama insan yang paling dikasihi & dirindui Ummah, Rasulullah S.A.W.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Buat Guru yang sudah tiada. Ya Allah ampunilah dosa-dosa mereka luaskan kubur mereka. Rahmatilah roh mereka.
Buat Guru yang masih ada. Moga Allah S.W.T berkahi umur kalian di dalam ketaqwaan, diberikan kesihatan terbaik dan keimanan serta dipayungi lembayung rahmat Ilahi, insyaAllah Allahumma Aamiin.
Selamat Hari Guru buat semua Pendidik yang pernah hadir dalam hidup kami.
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahawa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
(HR. Bukhari)
#selamathariguru buat semua rakan yg bergelar GURU..
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor