“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Klang | Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor Ustaz Rizuan Rahmat menyatakan bahawa beliau menyokong sepenuhnya kempen vaksin demi menyahut seruan kerajaan untuk mencapai kemenangan melawan wabak Covid-19 dan juga demi kemaslahatan diri dan masyarakat sekeliling.
Memetik kata-kata beliau, “usaha kerajaan untuk memastikan 80% rakyat Malaysia divaksin Covid-19 perlu disambut dengan baik. Ujian klinikal pakar-pakar dalam kerajaan telah mengesahkan ianya selamat dan berfungsi untuk membantu badan melawan covid”.
Usah terpengaruh lagi dengan gerakkan anti-vaksin kerana ianya merugikan dan membahayakan kelompok masyarakat bila penularan tidak terkawal. Mari sama-sama kita sahut seruan kerajaan dalam menyebarluaskan pendaftaran vaksin. Kitalah penentu samada usaha kerajaan ini akan berjaya atau gagal.
Semoga dengan pengorbanan tinggi para barisan hadapan dan komitmen seluruh rakyat Malaysia akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini iaitu kembali kepada rutin kehidupan kita seperti sediakala, InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor