Home Berita PAS Sabah

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia ziarah ibu tunggal

906
SHARE

Oleh: Hamizah Rafi

31 Ogos 2020

PUTATAN: Ketua Dewan Muslimat PAS, Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Naib Ketua DMPM, Ustazah Salamiah Mohd Nor bersama-sama menziarahi golongan ibu tunggal di Kg. Merutum, Tanjung Keramat pada 29 Ogos 2020.

Sebelum itu, Ustazah Nuridah sempat memberi sedikit taujihat kepada para petugas supaya apa jua yang dilakukan hendaklah semata-mata bermatlamatkan keredaan Allah SWT.

Seramai 5 orang anggota muslimat terdiri daripada Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan (DMPKP) dan Ameerah Putatan meneruskan siri ziarah berkala ini dengan menyampaikan sumbangan beras dan bekalan dapur.

Ustazah Nuridah juga berpeluang beramah-mesra dengan penduduk setempat perihal keadaan terkini politik di Sabah yang akan mengundi tidak lama lagi.

“Semua orang Allah bagi ujian. Perlu banyakkan bersabar dan jaga solat sebagai bekalan akhirat kita,” ujarnya.

Kesemua keluarga yang diziarahi amat bebesar hati dengan kunjungan Ketua DMPM dan sumbangan yang disampaikan. Mereka juga menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh DMP Kawasan Putatan.