Home Artikel PAS Melaka

Ketakwaan dan ketaatan pelajaran terbaik dari ibadah korban.

292
SHARE

Oleh : Abu Izzat Al Fateh

TANGGA BATU, 1 Ogos : Ketakwaan dan ketaatan yang tinggi yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim terhadap perintah Allah haruslah dijadikan contoh terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tangga Batu, Haji Bakri Jamaluddin sewaktu memberikan ucapan ringkas sebelum bermulanya majlis korban bagi penduduk Kampung Paya Rumput Jaya Hilir yang diadakan di perkarangan Surau Wan Nikmat di sini hari ini.

“Berkorban perasaan terhadap sesuatu yang amat dikasihi demi ketaatan kepada Allah merupakan cabaran yang telah dilalui oleh Nabi Allah Ibrahim dan inilah yang akan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.” tambah beliau.

Majlis korban tahun 1441H ini berjaya menyatukan umat Islam di kampung tersebut di bawah payung Muafakat Nasional yang diterajui oleh UMNO dan PAS.

Seramai 53 orang petugas yang terdiri dari AJK Surau anak kariah menyumbang telah tenaga bagi menyempurnakan program ini.

Sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diedarkan di kalangan penduduk kampung tanpa mengira fahaman politik.

Turut hadir dalam majlis tersebut ADUN Pantai Kundur, YB Datuk Norazman Hassan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)