Home Berita PAS Wilayah

Kesyukuran Pengambilalihan Semula Markaz PAS Kawasan Batu

2865
SHARE

1. Alhamdulillah, sukacitanya ingin saya maklumkan bahawa PAS Kawasan Batu akhirnya berjaya mendapatkan semula Markaz PAS Kawasan Batu setelah sekian lama pertikaian terhadap pemilikannya.

2. Dengan terlunasnya baki pembayaran bernilai RM32,500 yang berjaya dikutip dalam tempoh dua minggu ini, maka markaz tersebut kini secara rasminya diserahkan kepada PAS Kawasan Batu.

3. Di kesempatan ini, saya mewakili saff kepimpinan JPRK Kawasan Batu ingin mengucapkan jazakumullahu khairal jaza kepada semua penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang sedang ditanggung. Hanya Allah SWT sahaja yang berhak membalas segala jasa baik anda semua.

4. Kejayaan ini walaubagaimanapun hanyalah suatu permulaan. Kita mempunyai misi yang lebih besar dan utama iaitu memastikan bumi Parlimen Batu dihijaukan dalam PRU14. Justeru, marilah bersama kita bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan Islam bertapak di Parlimen Batu khususnya.

Sekian.
Hj Abu Bakar Abdul Rahman
Pengarah Jprk Batu