KUALA NERUS – Sorakan bergema di Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) apabila perlawanan sengit di Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESUMMA) dalam acara ping pong layak ke separuh akhir bagi kategori lelaki dan perempuan.
Dalam kategori lelaki, Terengganu berjaya melangkah ke separuh akhir dan bakal bertemu Kedah, manakala Pahang akan berentap dengan Kelantan.
Bagi kategori wanita, Terengganu akan menentang Selangor, sementara Johor bersiap sedia untuk berdepan Kedah.
Pada perlawanan suku akhir, ping pong lelaki Terengganu beregu dengan Negeri Sembilan mendapat mata 3-0.
Pemain perseorangan pertama Mohd Naufal, beregu pertama Haris Irfan dan Muhamad Syahid Hakimi dan perseorangan kedua Khairul Aqil Harith.
Manakala Beregu kedua A. Syakir Ikhwan dan Arshad Hadi serta perseorangan ketiga A. Aqil Danial.
Sementara itu, bagi kategori ping pong perempuan pula berentap dengan Negeri Pahang mendapat markah 3-2 sewaktu perlawanan suku akhir.
Perlawanan tersebut menyaksikan perempuan perseorangan pertama Nur Amiera Farisya Rofi dan beregu pertama Nur Aliya Najihah Marsani dan Nurina Aisyah Zaimeri dan perseorangan kedua , Fatimah Nazura Mohd Lotfi dan beregu kedua Asma’a Mohd Azmi dan Khauthar Mohd Azmi serta perseorangan ketiga Nur Dhia Zahra Mazli.