Home Berita PAS Selangor

Kes Selangor meningkat : kawalan kendiri pemutus perebakan – Pesuruhjaya PAS Selangor

87
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎SELF LOCKDOWN #LindungDiriL indungSemua #KitaJagaKita Pergi ke pasar atau grocery shop seminggu sekali. Isi minyak kereta full tank. Solat berjemaah 5 waktu bersama keluarga. Optimakan pembelian secara atas talian (online) Polisi zero tetamu. Dapatkan keperluan di kedai yang paling hampir dengan tempat tinggal. יו فمطون Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Ilو ه‎"‎

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kuala Langat | Negeri Selangor masih mencatatkan kes COVID-19 yang tertinggi berbanding negeri-negeri di seluruh negara. Hampir saban hari perkhabaran saudara-saudara, ahli keluarga, rakan sepejabat, ahli qaryah masjid dan semua di sekeliling kejiranan yang positif COVID-19.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi melahirkan rasa dukacita dan kerisauan tentang berkembangan terkini kes ini. Selain usaha dari pihak kerajaan, menjadi tanggungjawab bersama sebagai rakyat Selangor untuk turut membantu memerangi penularan wabak ini dengan kawalan kendiri

“Kes harian mencecah angka 7 ribu, kita mungkin juga positif sekiranya membuat saringan. Kempen suntikan vaksin perlu diperhebatkan dan vaksinasi diharapkan meningkatkan immuniti kepada jangkitan COVID-19. Namun tidak menghalang kemungkinan jangkitan kepada kita dan merebakkan kepada orang lain”, jelas beliau lagi.

Beliau menjelaskan lagi, “SOP kawalan pergerakkan antara kaedah memutuskan rantaian jangkitan. Kawalan kendiri pemutus perebakan. Doa senjata tertajam. Kawalan kendiri dan sayangi keluarga kita”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor