Home Berita PAS Terengganu

Kes positif Terengganu hampiri 1000, Kuala Terengganu tertinggi

170
SHARE

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan peningkatan kepada 953 kes positif harian COVID-19 dan lima kematian, dengan kes tertinggi dicatatkan di bandar raya Kuala Terengganu.

Menurut laporan disediakan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sehingga semalam, kes teratas mengikut pecahan daerah diikuti Besut (235 kes) dan Kuala Nerus serta Marang (104 kes).

“Daripada 38 kluster di dalam negeri, kluster komuniti iaitu Selasih Jertih merekodkan bilangan kes baru tertinggi dengan 20 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan 149 kes sejak dikesan pada awal bulan ini.

“Sementara itu, kes melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) menunjukkan angka 26 kes positif,” katanya menerusi Facebook rasmi JKNT, semalam.

Dalam pada itu, menurut analisa laman web rasmi COVIDNOW oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dalam negeri mencatatkan 68.9 peratus dengan 43.8 peratus menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Manakala, peratusan kapasiti katil di hospital dalam mencecah 80 peratus (termasuk untuk penggunaan kes bukan COVID-19,” katanya lagi.