Home Berita PAS Terengganu

Kes harian melonjak 490, kluster baharu bertambah di Terengganu

141
SHARE

Oleh: Husaif Mamat

KUALA TERENGGANU, 28 Julai – Kes harian COVID-19 di Terengganu semakin parah selepas merekodkan 490 kes baharu di samping satu kematian hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melaporkan, Kemaman kekal mencatat angka tertinggi dengan 179 kes positif baharu disusuli Dungun (148), Kuala Terengganu (56), Hulu Terengganu (33), Kuala Nerus (29), Setiu (19), Marang (15) dan Besut (11).

Sementara itu, satu kluster baharu turut direkodkan hari ini iaitu Kluster Taman Selesa.