Home Berita PAS Selangor

Kes COVID-19 Selangor meningkat : tangani secara bersama – Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

45
SHARE

May be an image of 1 person, sitting and text

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : US. SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

Artikel | Tidak dapat dinafikan, penularan kes COVID-19 seluruh negara amat menggerunkan. Lebih-lebih lagi Negeri Selangor mencatatkan antara kes Negeri tertinggi sejak dari awal pandemik ini. Semalam seluruh negara mencatat angka 7 ribu kes antara yang tertinggi dan Selangor sahaja hampir satu pertiga dari keseluruhan kes iaitu 2000 kes lebih. Keadaan ini sememangnya membimbangkan semua pihak.

Rakyat Selangor wajar menyahut kempen dan seruan dari pihak Kerajaan Pusat melalui Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisyam Abdullah yang meminta agar “self lockdown” perlu dilakukan oleh semua rakyat. Selain kempen vaksinasi untuk menambah immuniti tubuh, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membataskan perhubungan seperti sedia kala, “self lockdown” perlu diwajibkan kepada diri seluruh rakyat bagi menghentikan penyebaran, kemudah jangkitan dan penularan yang diluar kawalan.

Saat ini, langkah terbaik untuk landaikan lekuk jangkitan COVID-19 ini adalah “self lockdown” untuk buat sementera bagi meredakan “keganasan” penularan wabak ini. Jangan ada pihak yang pentingkan diri sendiri. Baik dari pihak rakyat, yang bekerja dengan kerajaan atas swasta, pihak kerajaan negeri atau Persekutuan. Begitu juga istilah golongan kayangan atau marhein. Hakikatnya wabak COVID-19 ini tidak kenal kedudukan seseorang. Hargai jiwa sendiri dan orang sekeliling.

Di Selangor, walaupun pihak Kerajaan Negeri melalui wakil kerajaan dalam sidang media mereka memaklumkan bahawa Selangor masih berada pada tahap terbaik dalam pengurusan wabak berkenaan. Kenyataan ini sudah pasti melucukan dan menghairankan. Atas ukuran apa pada tahap terbaik sedangkan rakyat menanggung derita jangkitan di seluruh pelusuk negeri.

Soal yang paling utama sekarang adalah keselamatan dan nyawa rakyat Selangor. Jangan perjudikan semata-mata ego tidak mahu bersama agenda pengurusan COVID-19 perancangan peringkat Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Selangor perlu tangani pandemik COVID-19 secara bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan rakyat secara amnya. Walaupun Selangor Negeri maju, banyak sektor pekerjaan yang menjana ekonomi Negeri. Namun jika pekerja terkena jangkitan ini, tiada lagi kebanggaan negeri maju dan tiada lagi kemampuan melahirkan pekerja untuk survival sektor berkenaan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor