Home Berita PAS Pahang

Kerugian RM50,000 dapur musnah akibat kebakaran kecil

28
SHARE

Oleh : JARIAH ISMAIL

RAUB, 22 Feb – Satu kebakaran kecil melibatkan kerugian sebanyak RM50,000 telah berlaku di Taman Amelina Lestari di sini kelmarin.

Yand Dipertua PAS Kawasan Raub Mohamad Mat Saat menyatakan, kebakaran berlaku sekitar pukul 8.00 pagi di rumah milik Ketua Penerangan PAS Kawasan Raub Dr. Mohd Nilam.

Katanya, kejadian tersebut telah disedari oleh jiran serta orang ramai yang kemudiannya terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Walaupun api sedang marak, namun tindakan pantas pasukan bomba telah berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke seluruh rumah.

“Kebakaran ini telah mengakibatkan kemusnahan sepenuhnya bahagian dapur, termasuk beberapa tong gas dan semua peralatan bahan kelengkapan pembuatan ais krim,” katanya lagi.

Mohd Nilam merupakan mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Raub dan isterinya Dr. Ruzana Hanan adalah Bendahari Dewan Muslimat PAS Kawasan Raub.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Bagi orang ramai yang ingin memberi sumbangan, boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 556244017710 di atas nama Mohamed Nilam Abdul Manap.