Home Berita PAS Perak

Kerjasama Strategik USIM – IDR Bangunkan Daerah Kerian | YB Haji Razman Zakaria

810
SHARE
IPOH – Sidang video secara atas talian oleh ADUN Gunung Semanggol yang juga Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Tuan Haji Razman Zakaria bersama Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta pensyarah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Institut Darul Ridzuan (IDR) pada petang hari ini.
Sesi libat urus dan perancangan dalam membangunkan wilayah Kerian dan membentuk kerjasama strategik antara pihak USIM dan Kerian dengan bantuan daripada IDR sebagai tenaga penyelidik mewakili negeri Perak.
Turut hadir bersama Tuan Haji Muaz Bin Haji Zawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan dan En. Mohamad Abdul Razak, Penghulu Mukim Gunung Semanggol.