Home Berita PAS Perak

Kerjasama Semua Pihak Demi Kebajikan Pelajar | YB Razman Zakaria

545
SHARE
Exco Pendidikan Negeri Perak, YB Hj Razman Zakaria berkesempatan meninjau penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini. Tindakan itu diambil bagi memastikan pelajar baru yang masih menetap di UPSI berada dalam keadaan yang baik dan terkawal berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini.
Dalam tinjauan itu, Razman menyatakan pihaknya amat berbesar hati dengan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan bagi pelajar yang masih terkandas di UPSI, namun haruslah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi institusi pengajian berkenaan. Hal ini kerana para pelajar merupakan tanggungjawab dan dibawah seliaan pihak pengurusan UPSI.
Walaubagaimanapun, YB Razman juga menyatakan penghargaan kepada pihak pengurusan UPSI dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kerana masing-masing bertungkus lumus memastikan kebajikan pelajar terpelihara dari semasa ke semasa. Hal sedemikian dapat dilihat dengan komitmen baik pihak MPP yang telah menjaga kebajikan pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sejak Mac lalu.
Jelasnya lagi, dalam menghadapi cabaran besar peningkatan Covid-19 kini, masing-masing seharusnya sentiasa bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi terpelihara sebaiknya.
Hadir sama mengiringi YB Razman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Md Amin Mad Taff dan Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr Mohd Izwan Shahril.