Home Berita PAS Wilayah

KERJASAMA PAS DAN NGO WANGSA MAJU JAYA MISI BANJIR

479
SHARE

Pengarah Khidmat Malaysia Wilayah Persekutuan (Dr Rosni) menyampaikan taklimat

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU : PAS Wangsa Maju menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Amal Nur Mestika telah menyerahkan kutipan sumbangan daripada orang ramai sebelum ini melalui Tabung Kebajikan Bencana Banjir kepada Pengarah Khidmat Malaysia (KM) Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adam di Markaz PAS Wangsa Maju hari ini.

“Sumbangan berperingkat bantuan pasca banjir ini menyasarkan kepada mangsa banjir yang dikesan dari beberapa negeri seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor, khususnya kepada warga emas, miskin dan OKU berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan sebelum ini”, jelas Dr. Rosni.

Replika cek bantuan bernilai RM11,000 telah disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh kepada KM Wilayah Persekutuan diwakili Pengarahnya, Dr. Rosni Adam.

Dana sumbangan ini turut dikumpul dengan bantuan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di Wangsa Maju seperti Pertubuhan Kebajikan Asnaf & OKU Wangsa Maju.

Turut hadir ke majlis penyerahan berkenaan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Haji Azhar Omar dan Bendahari PAS, Haji Jenalis selain ahli Jawatankuasa Khidmat Malaysia Wilayah Persekutuan.