Home Berita PAS Terengganu

Kerja baik pulih Jalan Aring-Kenyir bermula November

5
SHARE

KUALA NERUS – Kerja-kerja pembaikan Jalan Aring-Kenyir yang runtuh akibat hujan lebat hujung tahun lepas dijangka bermula November ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Ir. Dr. Hasli Ibrahim berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM36 juta bagi pelaksanaan projek tersebut.

“Buat masa sekarang peruntukan untuk pelaksanaan projek tersebut telah diluluskan kerajaan sebanyak RM36 juta.

“Sekarang sudah di peringkat reka bentuk akhir dan perolehan akan berlaku, mengikut rancangan kita, projek tersebut akan dimulakan pada November nanti,” katanya dalam sidang media selepas sesi lawatan kerja Menteri Kerja Raya.

Runtuhan berlaku sepanjang 100 meter di laluan berkenaan akibat hujan lebat musim tengkujuh hujung tahun lalu, menyebabkan jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga kini.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato’ Ir. Roslan Ismail.