Home Berita PAS Terengganu

Keris tidak bersarung di bendera UMNO tidak pula timbul kegusaran?

138
SHARE

KUALA TERENGGANU – Bendera UMNO sejak sekian lama memaparkan keris tidak bersarung tiada pula didakwa akan meresahkan rakyat serta menimbulkan kegusaran kerana telah difahami akan maksud di sebalik panji keramat parti tersebut kerana tiada unsur mempromosikan ‘keganasan’.

Bendahari PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, sepatutnya perarakan membawa replika pedang ketika program Himpunan Pemuda Islam Terengganu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) tidak perlu dijadikan isu dengan usaha menaikkan syiar Islam.

Ujarnya, jika kerajaan pada hari ini mahu mengetatkan peraturan sebarang acara tidak boleh menggunakan senjata Islam dan juga alatan yang digunakan oleh pahlawan Melayu dikhuatiri kerajaan pada hari ini dianggap kartun sehingga mengundang ketawa anak muda kerana takut tidak bertempat.

“Akibatnya selepas ini orang akan mula rasa takut tengok pertunjukkan persilatan dalam majlis rasmi yang kadang-kadang menggunakan pedang, guna pisau dan ada kalanya menggunakan keris.

“Bahkan banyak program pada hari ini seperti pertandingan memanah, akan mengundang perasaan untuk mengingati kembali jerti perih perjuangan yang dilalui oleh Rasullah dan akan terbayang zaman dahulu tentera Islam menaiki kuda, membawa panah dan memakai busana Islam.

“Sebenarnya ketakutan ini sengaja ditimbulkan oleh golongan yang dihantui perasaan tidak senang melihat kalangan anak muda menzahirkan perasaan cintakan Rasulullah, begitu juga dengan apa yang dilihat melalui filem Mat Kilau yang menunjukkan kehebatan pahlawan dahulu menggunakan senjata, sepatutnya tidak ada apa-apa isu pun,”ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui video ucapan pendek di facebooknya, mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai program HIMPIT, semalam.

Mengulas lanjut katanya, perkara yang dibangkitkan oleh segelintir pemimpin PH itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mengundang perasaan takut khusnya kalangan non-muslim terhadap Islam.

“Pemikiran mereka terlalu dihantui apabila menyentuh sahaja tentang Islam dikatakan ‘ekstrim’ sedangkan memakai pakaian arab zaman dahulu membawa replika pedang tidak ada sebarang masalah.

“Saya yakin anak muda senyum dan ketawa sahaja kerana anak muda hari ini khususnya di Terengganu telah faham bahawa ianya tidak mengundang sebarang ancaman dan mendatangkan bahaya.

“Fikir-fikirkanlah dan perhatikan bahawa Islam itu indah, tidak pernah mengajar keganasan tetapi ia membawa keamanan dan keindahan dalam kehidupan,”ujarnya.