Home Berita PAS Terengganu

Kerajaan Terengganu sedia rumah sementara mangsa kebakaran

39
SHARE

KUALA NERUS – Mangsa kebakaran di hadapan Masjid Seberang Takir telah mendapat perhatian segera Kerajaan Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat.

Khazan berkata pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Seberang Takir telah menyediakan kediaman sementara untuk mangsa berlindung sementara waktu.

“Dalam pada itu kita juga telah menghulurkan bantuan segera seperti barangan keperluan seperti alas toto, selimat, bantal dan barangan keperluan yang lain.

“Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan beban keluarga terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi keluarga berkenaan di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, dua buah rumah telah musnah dijilat api, manakala dua buah lagi mengalami kerosakan teruk.

Sementara itu Pengerusi JPKK Seberang takir, Abdul Halim Che Ibrahim memaklumkan mangsa telah ditempatkan sementara di rumah rehat miliknya tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Pihak MAIDAM dan Tabung Darul Iman telah mengetahui perkara ini dan kita berharap agar ada berita baik untuk mereka untuk kembali mendapatkan kediaman semula,” jelas beliau.