Home Berita PAS Terengganu

Kerajaan siasat dakwaan perlombongan lenyapkan artifak

25
SHARE

KEMAMAN – Kerajaan negeri mengambil serius dakwaan aktiviti perlombongan bjih besi di Bukit Besi secara tidak terkawal hingga merosakkan artifak bersejarah terowong kereta api di kawasan terbabit.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

“Jadi atas sebab inilah maka agensi di bawah kerajaan negeri sama ada organisasi yang ada ini bertanggungjawan untuk memastikan ia tidak berlaku serangan aktiviti perlombongan di luar daripada kawalan atau makluman kerajaan negeri.

“Buat masa ini tidak ada aduan yang khusus cuma kita melakukan pemantauan dari semasa ke semasa walaupun yang ada sekarang ini hanya rungutan-rungutan, kita akan siasat dan tidak timbul kita memandang remeh perkara sedemikian,”ujarnya.

Beliau berkata demikian, selepas merasmikan Loji Rawatan Air Bukid Sah, di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri turut menzahirkan perasaan bimbang seandainya perkara tersebut akan mendatangkan pencemaran terutamanya kepada sumber air yang menjadi keperluan masyarakat.

Semalam, media telah melaporkan kebimbangan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun mengenai perkara berkenaan yang dikhuatiri akan mengakibatkan warisan sejarah yang ada di kawasan itu yang selama ini menjadi tumpuan pelancong berkunjung di kawasan berkenaan akan lenyap jika dibiarkan tanpa pematauan ketat pihak bertanggungjawab.

Untuk rekod, sejak ia mula dibina sejak 1930, kira-kira lima terowong telah lenyap setelah aktiviti perlombongan bijih besi mula dibuka kembali pada 2010.