Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kerajaan Selangor :Contohi Sikap Kerajaan Pusat, Amalkan Politik Matang

618
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

US SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Selangor

KERAJAAN SELANGOR :
CONTOHI SIKAP KERAJAAN PUSAT, AMALKAN POLITIK MATANG

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) menggesa pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk bersikap adil kepada semua wakil rakyat di negeri ini yang melibatkan 56 Ahli Dewan Negeri (ADN) dalam isu penyaluran peruntukan pembangunan mesra rakyat sebanyak RM30,000 bagi membantu mengurangi beban rakyat Selangor yang terkesan daripada impak negatif penularan wabak COVID-19.

Surat rasmi hasil perbincangan YAB Dato Menteri Besar serta ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 Mac 2020 secara jelas menafikan penyaluran terus ke akaun Pusat Khidmat Masyarakat dari 9 Ahli Dewangan Negeri (ADN) yang terdiri daripada pihak pembangkang.

Sewajarnya kebajikan rakyat negeri ini dalam situasi yang kritikal ini tidak boleh disempitkan pada blok kepartian. Sikap sebegini yang menganak tirikan pihak pembangkang hanyalah memangsakan rakyat sedangkan tanggungjawab sebuah kerajaan ke atas semua rakyat yang berada di bawah naungannya dan tidak hanya pengundi parti mereka sahaja.

Kerajaan Negeri Selangor perlu contohi sikap dan tindakan Kerajaan Persekutuan yang meletakkan agenda kebajikan rakyat merentasi perbezaan kecenderungan parti politik dalam situasi COVID-19. Inilah sikap matang dalam mentadbir dan bukanlah terus menerus mengamalkan sikap dendam dan politik sempit terhadap parti yang berbeza dari kalangan pihak pembangkang.

BPPNS mengajak Kerajaan Negeri Selangor untuk menerapkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagaskan oleh PAS bagi memastikan pentadbiran kerajaan yang baik dan menjamin kebajikan semua tanpa mengira kecenderungan fahaman politik yang berbeza. Tunjukkan kepada rakyat apa yang kerajaan boleh berikan, bukannya untuk berlagak “hero” dengan apa yang mahu dibalas terhadap pihak pembangkang.

29 Rejab 1441H | 24 Mac 2020 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3125588660785625&id=450332874977897