Home Berita PAS Terengganu

Kerajaan Perpaduan tipu rakyat, bukan Madani

278
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pakatan Harapan (PH) telah menipu rakyat serta seluruh dunia dengan menubuhkan ‘Kerajaan Perpaduan’ serta bukan kerajaan ‘madani’ sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mengikut istilah sains politik kerajaan perpaduan yang sebenar tiada pembangkang atau dalam jumlah yang sedikit.

Menurut beliau, PH sebenarnya memimpin kerajaan campuran dengan ahli Parlimen mereka didominasi oleh bukan Islam seramai 50 orang dan 31 daripada kalangan orang Islam serta tidak menjadikan Melayu Muslim yang berintegriti bagi mendominasi penduduk negara ini sebagaimana yang terkandung dalam hadis.

“Selain itu, kerajaan campuran ini bercampur aduk pula dengan pelbagai ideologi seperti kalangan liberal, puak ekstrem berhaluan kiri mahupun kanan, serta kalangan opurtunis.

“Malah mereka disertai oleh kalangan yang dipertikai integritinya seperti bekas banduan, kluster mahkamah, kronisme dan nepotisme yang menjadi gejala dalam kerajaannya.

“Betapa mereka adalah paling jauh daripada ciri-ciri ‘madani’ yang mampu mencipta kemajuan yang positif dan jauh daripada konsep al-din yang wajib menjadi panduan,” ujarnya melalui Bicara Media Presiden yang dimuat naik di facebooknya semalam.

Presiden PAS itu turut berkata, kepimpinan negara yang dilantik menerajui negara adalah kalangan mereka yang hanya menang tipis dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang lalu dengan mendapat sokongan bukan muslim.

“Bukannya sokongan kaum muslim yang mendominasi penduduk negara. Calon pemimpinnya berpindah randah tempat bertanding sehingga terpaksa bergantung kepada sokongan bukan Islam yang tidak mendominasi keseluruhan penduduk.

“Makin hari, makin terdedah perkara-perkara yang melibatkan soal salah laku, sehingga beberapa orang pemimpin dalam komponennya sendiri membuat teguran secara terbuka kepada media melalui lisan dan tulisan, menyentuh prinsip dan integriti yang menggoncangkan kedudukan mereka.

“Keadaannya tidak mampu ditutup dengan alasan kenyataan dan tindakan menyerang parti lawan dengan tujuan menutup kelemahan mereka,” ujarnya lagi.