Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Prof Madya Dr Fuad Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor
Artikel | Beberapa hari lepas TV dan akhbar utama dalam negara menyiarkan berita mengenai kedudukan ekonomi negara. Dalam laporan atau berita yang disiarkan saya tertarik dengan berita keuntungan operasi kewangan tahun 2020 untuk beberapa buah bank utama di Malaysia. Berikut adalah antara beberapa bank yang disebut:
Maybank: RM6.48 Bilion
Public Bank: RM4.87 Bilion
RHB Group: RM2.03 Bilion
Bank Rakyat: RM1.38 Bilion
CIMB Group: RM1.19 Bilion
Apa yang menariknya ialah sebelum ini ada pihak yang menyebut bahawa bank-bank di Malaysia akan mengalami kerugian jika memberi moratorium kepada peminjam atau penghutang mereka. Namun terbukti ia tidak benar kerana pada tahun 2020, bank-bank seluruh negara telah melaksanakan moratorium selama tempoh 6 (ENAM) bulan. Yang jelas seperti dibentangkan dalam laporan berita berkenaan bank-bank ini masih tetap membuat keuntungan berbilion-bilion ringgit.
Tidak dinafikan keuntungan bank-bank ini menurun, namun yang menjadi ukuran sebenar ialah ia masih mencatat keuntungan.
“Menurut Maybank, penurunan itu disebabkan kerugian penurunan nilai yang lebih tinggi akibat impak pandemik Covid-19. Pendapatan operasi bersihnya meningkat 0.1 peratus pada RM24.76 bilion berbanding tahun sebelumnya.”
Jelas moratorium tidak menjejaskan keuntungan operasi Maybank. Jika tidak sudah pasti ia disebut dalam pemberitaannya. (https://www.utusan.com.my/…/untung-bersih-maybank-rm6…/)
“Keuntungan sebelum cukai dan keuntungan bersih Kumpulan Public Bank meningkat masing-masing sebanyak 2.3 peratus dan 2.2 peratus bagi suku ketiga berakhir 30 September 2020, berbanding tempoh sama tahun lalu.” (https://www.utusan.com.my/…/untung-bersih-kumpulan…/)
“…Kumpulan Public Bank terus mengekalkan keuntungannya yang belum dipecahkan pada tahun 2020. Kumpulan memperoleh keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.29 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM4.87 bilion milik pemegang-pemegang sahamnya, disokong oleh pengembangan berterusan dalam pinjaman dan depositnya serta peningkatan pendapatan tanpa faedahnya.” (https://www.publicbankgroup.com/…/Investor…/Statements/ Joint-Statement-by-Chairman-MD_BM.aspx)
“CIMB Group Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih RM1.19 billion bagi tahun kewangan berakhir 2020, menyusut 73.9 peratus berbanding RM4.56 bilion pada tahun sebelumnya. Pendapatan kumpulan perbankan kelima terbesar di ASEAN dari segi aset itu pada tahun dikaji pula adalah RM17.19 bilion, susut sedikit daripada RM17.79 bilion pada tahun sebelumnya.” (https://www.bharian.com.my/…/cimb-catat-untung-lebih…).
“RHB Bank Bhd meraih keuntungan bersih lebih rendah RM2.03 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, susut 18.1 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.” (https://www.bharian.com.my/…/moratorium-jejas…)
Saya hanya mengambil beberapa contoh kenyataan Bank-bank utama di Malaysia. Selebihnya pembaca boleh mendapatkannya melalui enjin carian diinternet. Tidak ada satu pun bank di Malaysia yang mencatat kerugian pada tahun lalu. Ini membuktikan bahawa andaian bank akan mengalami kerugian adalah satu yang tidak benar. Ya…bank mungkin mengalami sedikit masalah aliran tunai, namun keuntungan yang dilaporkan membuktikan bank-bank masih mampu terus beroperasi dan membuat keuntungan.
Ya kita pun faham keuntungan bank menurun kerana kesan pendemik Covid19 tetapi bukan semata-mata kerana pemberian moratorium kepada semua penghutangnya.
Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap kesusahan dan kesengsaraan rakyat yang terkesan teruk kerana pendemik Covid19 ini, apakah kerajaan tidak boleh mengarahkan pihak bank memberi moratorium secara otomatik selama 3 + 3 bulan (3 bulan dari Jun dan jika keadaan memaksa ia dipanjangkan sehingga November 2021) kepada semua peminjam yang terjejas (dan inilah yang telah dilaksanakan oleh pihak bank.)
Moratorium tidak perlu diberi kepada semua kerana masih terdapat peminjam atau penghutang dalam kalangan kakitangan awam dan swasta yang langsung tidak terjejas sewaktu pendemik malah mereka mendapat durian runtuh kerana arahan “bekerja dari rumah” (WFH). Banyak belanja yang dapat dijimatkan dengan bekerja dari rumah ditambah dengan inisiatif kewangan kerajaan PN melalui BSH dan BPN.
Semoga kerajaan yang memerintah hari ini boleh mengarahkan pihak bank memberi moratorium secara otomatik demi untuk meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh penghutang atau peminjam yang terkesan teruk dengan wabak ini.
Bank-bank pula yang telah berpuluh tahun membuat keuntungan, inilah masanya bank-bank melakukan sedikit pengorbanan untuk membantu pelanggannya.
Yang jelas, bank masih mampu membuat keuntungan walau memberi moratorium kepada peminjam atau penghutangnya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor