Home Kenyataan Media PAS Selangor

KERAJAAN KAKISTOKRASI PH SELANGOR YANG GAGAL

179 views
SHARE

Assalamualaikum w.b.t.PAS Selangor menganggap Kerajaan PH Negeri Selangor adalah Kerajaan KAKISTOKRASI iaitu Kerajaan yang lemah dan tidak boleh diharap kerana telah mengelirukan dan membebankan rakyat Selangor di dalam isu penjajaran semula program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Negeri Selangor khususnya yang melibatkan Skim Air Percuma Selangor, Skim Peduli Sihat Selangor, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Skim Mesra Usia Emas Selangor.Semasa Sidang DUN Selangor baru-baru ini, MB Selangor, Amiruddin Shari dan EXCO Kebajikan Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud telah gagal memberikan jawapan yang konkrit terhadap isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan dan kelemahan hasil daripada penjajaran tersebut. Alasan kekurangan petugas untuk mengemaskini data kelayakan penerima IPR serta masalah kelewatan silang fungsi data di antara jabatan-jabatan tertentu adalah sangat dangkal dan tidak logik sama sekali kerana program ini telah berjalan dengan baik sebelum ini. Selain itu, MB Selangor turut mengesahkan bahawa pemberian air percuma sebanyak 25 meter padu seperti yang diumumkan di dalam Bajet Selangor 2019 tahun lalu turut tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini. Inilah gambaran sebenar Kerajaan PH Selangor yang dilihat hebat tetapi sebenarnya teramat lemah di dalam merencanakan sistem tadbir urus yang cekap, teliti dan prihatin rakyat.PAS Selangor turut melahirkan rasa dukacita apabila Kerajaan Negeri Selangor telah menolak 2 usul daripada ADN Sijangkang dan ADN Hulu Kelang berkaitan pemerkasaan Institusi Agama Islam di dalam Negeri Selangor. PAS Selangor berpandangan ada ‘tangan-tangan dan suara ghaib’ di dalam Dewan Negeri Selangor yang berasa tidak selesa dengan usul-usul berkaitan dengan kepentingan orang-orang Islam. Saya turut mendapat maklumat bahawa semasa Pre-Council pihak Kerajaan, satu usul berkenaan Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang telah menjadi Warta Kerajaan sepatutnya dibentangkan di dalam sidang DUN Selangor baru-baru ini tetapi tidak berada di dalam senarai agenda sidang sehinggalah hari terakhir semalam (31 Julai 2019). Sekiranya benar usul tersebut telah dihilangkan oleh permainan politik individu tertentu, maka PAS Selangor dengan ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut serta pelakunya yang secara jelas lagi bersuluh telah menzahirkan kebenciannya terhadap Islam dan Ketua Agama Islam di dalam Negeri Selangor ini.Sekian. Wassalam.YB DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Pesuruhjaya PAS Selangor
Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sijangkang29 Zulkaedah 1440 H / 01 Ogos 2019