Home Berita PAS Selangor

Kerajaan gagal vs kerajaan yang telah gagal – YDP PAS Kawasan Damansara

270
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Damansara

Oleh : Umar Al-Hayawi

Damansara | Sumber Berita Perdana Negara, pengumuman Perdana Menteri tentang bantuan yang peruntukan kepada rakyat bagi menghadapi PKP 3.0 ternyata membuktikan ‘Kerajaan Gagal’ yang dilabelkan oleh penghasut-penghasut adalah lebih berhati perut, lebih bertimbang rasa dan lebih prihatin terhadap nasib rakyat.
YDP PAS Kawasan Damansara Mohd Fadli Ghani dalam satu kenyataan menyebutkan , ” Bandingan ini saya buat apabila melihat sikap ‘Kerajaan Yang Telah Gagal’ dan tumbang akibat pergaduhan sesama sendiri. ‘Kerajaan Yang Telah Gagal’ itu dahulunya sering menyebutkan bahawa ‘Rakyat mesti ikat perut’, ‘Jangan harap wang percuma’, ‘Rakyat perlu berkorban’, ‘Kerajaan tak boleh terus membantu rakyat miskin’, ‘Jangan asyik harapkan bantuan kerajaan’ dan macam-macam lagi. Tidak terfikir oleh rakyat untuk tempoh selama 22 bulan itu, bahawa rakyat akan menerima saguhati dari ‘Kerajaan Yang Telah Gagal’ itu. Kalau dapat RM30 dalam TnG itu pun kira macam bermimpi dah! “.
“Sebaliknya, sikap bermurah hati, prihatin dan mesra rakyat ketika semua pihak sedang terdesak kerana pendemik ini membuktikan ‘Kerajaan Gagal’ adalah lebih baik daripada ‘Kerajaan Yang Telah Gagal’. Apa tidaknya, ketika pemimpin dan penyokong ‘Kerajaan Yang Telah Gagal’ sibuk menghina dan merendah-rendahkan institusi raja-raja dan mempromosi komunis, ‘Kerajaan Gagal’ pula sibuk menyusun insentif-insentif untuk melepaskan rakyat dari kesempitan akibat Covid 19” ujar beliau lagi.

“Lebih baik terus bersama ‘Kerajaan Gagal’ daripada beralih kepada ‘Kerajaan Yang Telah Gagal’ jika begini keadaannya!”, akhir kata beliau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor