Home Rencana PAS Selangor

Kerajaan gagal hanya propaganda pembangkang – Setiausaha DUPN Selangor

105
SHARE

May be an image of text that says "MALAYSIA NEGARA GAGAL? RUANG BICARA: BERNAMA TV Malaysia Is Staggering Down the Road to Failed Statehood The country used to punch above its weight on the global stage. Now, white flags seem like a surrender to dysfunction. By Daniel Moss 9 July 2021, 07:00 GMT+8 Watch Listen Live Radio Saya terluka. Terluka kerana saya rasa ahli UUMIGI cDinion akademik kita dari semua segi dan ahli politik kita the byDanel The country usedto above ds"

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Ust Muhammad Najhan Shahir Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Artikel | Kerajaan Gagal adalah propaganda pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedangkan kesungguhan dan komitmen yang gigih ditunjukkan.

Usaha memerangi COVID-19 sekarang bukan hanya dilakukan oleh orang Parti dalam kerajaan tapi dilakukan oleh semua pihak yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta.

Profesional pelbagai bidang, pensyarah universiti, ahli akademik, saintis negara, pakar perubatan, pegawai kerajaan, kerani, Petugas hospital, dan pelbagai lagi pendek kata semua pihak yang sedang bertungkus lumus.

Pembangkang yang sedang melabel ini hanya menuding sana sini mengatakan gagal sahaja.

Hakikatnya pembangkang cemburu dengan kejayaan Kerajaan PN yang membela rakyat. Pembangkang sendiri gagal pertahankan kerajaan 22 bulan dengan gagal membela rakyat, menipu rakyat, mengatakan negara tidak ada duit dan menarik bantuan rakyat. Akhirnya jatuh dengan sendiri.

Gagal apabila sesuatu proses itu sudah sampai ke penghujung, bukan di tengah-tengah sudah dikatakan gagal. Melawan COVID-19 masih panjang dan ia perlukan proses berterusan tanpa henti.

Melawan COVID-19 perlukan kerjasama semua pihak bukan sebelah pihak. Contohnya jika satu pihak yg mengubat sakit dan satu pihak lagi yang kuat menyebar penyakit, sudah pasti tidak berjaya.

Jika tidak berjaya, apakah perlu diletakkan kesalahan kepada yang mengubat? Sudah pasti tidak.

Buat pembangkang yang kerja hanya menghina, mengkritik, berpolitiking, dinasihatkan didik diri sendiri dahulu dan bersama-sama rakyat dalam memerangi COVID-19.

Ukuran gagal atau tidak ialah bukan terletak kepada dakwaan sesiapa, ia terletak kepada usaha yang dilakukan. Jikalau tiada usaha dan sengaja untuk tidak berusaha agar dilihat kegagalan, itulah yang gagal.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyeru semua pihak agar terus bersama memerangi COVID-19 agar kita kembali seperti sediakala. Dengan Izin Yang Maha Kuasa, Allah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor