KERAJAAN DIGESA PANTAU KEBERSIHAN KL DENGAN LEBIH TEGAS
Sambutan ambang tahun baru di Kuala Lumpur pada malam tadi telah dicemari dengan longgokan sampah sarap yang dibuang oleh para pengunjung yang memenuhi tempat-tempat tumpuan di sekitar Kuala Lumpur.
Kejadian ini amat memalukan kerana Kuala Lumpur merupakan mercu tanda Malaysia yang sepatutnya dijadikan bandar contoh kepada bandar-bandar di negeri lain dan di peringkat antabangsa secara amnya. Video dan gambar-gambar yang tular di media sosial telah mencemarkan sedikit sebanyak pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.
DPPWP percaya sebahagian sampah yang dibuang tersebut bukan bepunca daripada rakyat negara ini tetapi ianya juga berpunca dari penduduk atau pekerja asing yang turut bersama menyambut ambang tahun baru pada malam tadi.
Polisi berkenaan kebersihan dan pembuangan sampah perlu diperketat dan dipantau degan tegas agar isu ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Justeru, DPPWP menggesa pihak Kementerian Wilayah Persekutuan agar dapat memastikan isu ini tidak berulang lagi dengan memantau dengan tegas setiap aktiviti dan program yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur.
Himpunan ICERD yang diadakan pada 8 Disember lalu boleh dijadikan contoh terbaik apabila para peserta membawa plastik sampah dari rumah dan bergotong royong bersama-sama mengutip sampah selepas daripada perhimpunan tersebut tamat.
Ini adalah budaya baru rakyat Malaysia yang sepatutnya diketengahkan oleh kerajaan apabila sesuatu program dilaksanakan, aktiviti mengutip sampah dijadikan sebagai salah satu dalam senarai aktiviti program.
DPPWP inginkan Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar bersih yang menjadi contoh kepada dunia sekaligus nilai-nilai Islam dapat diterapkan kepada masyarakat di Bandaraya Kuala Lumpur.
Tuan Rashidi Razak
Timbalan Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan