Home Berita PAS Terengganu

Kerajaan baru bertanggungjawab siapkan projek yang ditinggalkan

213
SHARE

Memang kita akui beberapa projek seperti Jambatan Angkat Kuala Terengganu dibina zaman kerajaan sesi lepas tapi belum siap. Akhirnya siap pada tahun 2019. Duitnya ialah duit kerajaan, bukan duit Umno atau PAS.

Nak tanya sikit, apa yang patut kita buat dengan projek ini bila kerajaan bertukar? Yang ambe faham ialah kita perlu siapkan dan rasmikan supaya rakyat boleh guna. Itu sahaja. Kalau ada cadangan lain boleh tolong cadangkan.

Sebagaimana hutang 800j tinggalan Kerajaan Umno dulu, Kerajaan PAS ambik tanggungjawab bayarkan sebanyak 600j sebab itu bukan hutang Umno tapi hutang kerajaan. Pitih hutang itu untuk buat projek manfaat bagi rakyat dan bukannya untuk Umno. Sifirnya sangat mudah difahami.

Tak cerita lagi berapa puluh juta bayaran saman dari pelbagai pihak yang Kerajaan Negeri perlu selesaikan hasil kesilapan dan kelemahan tadbir urus kerajaan lepas.

Di Jabi, ada Hentian R&R Jabi yang belum siap dibina zaman Kerajaan Umno. Kita bantu proses seterusnya untuk siapkan. Alhamdulillah R&R siap serta bakal beroperasi dalam masa terdekat. Namanya kekal R&R JABI. Kita tak ubah pun dan tak berhajat nak claim apa-apa kredit. Hanya tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk menyiapkannya.

Kompleks Sukan Jabi yang dirancang sebelum 2018, bila bertukar Kerajaan Pusat kepada PH selepas PRU 2018, status projek ini dalam kesamaran. Kami pergi runding balik dan akhirnya KBS setuju untuk teruskan dengan beberapa skop kerja yang diubah. Antaranya trek olahraga ditiadakan. Tak apalah, lebih baik dapat sebahagian dari hilang semua. Ada isu-isu berkaitan status tanah Kompleks Sukan ini yang kita selesaikan dan kita juga bina Jalan Perhubungan Desa bagi kemudahan ke Komplek Sukan ini. Sekarang ianya dah siap. Saya tak pernah buat sebarang posting berkaitan Komplek ini. Silakan siapa nak ambil kredit.

Bila kita buat dan siapkan Jalan Kg Jebak Puyoh Kerandang yang menjadi dilema puluhan tahun penduduk di situ, kawan kita alik sana kata mereka pun nak buat dah. PAS cuma sambung projek yang mereka buat. Padahal Kampung Jebak Puyoh dah dihuni manusia sejak tahun 40 an lagi. Bila kita check status Jalan Kg Jebak Puyoh di Pejabat Daerah Besut, statusnya ialah tidak pernah ada permohonan!

Masjid lama Kg Bukit Tanah yang berusia lebih 50 tahun, akhirnya siap dibina baru dan digunakan mulai akhir 2022. Juga kawan kita alik sana kata mereka pun nak buat dah. Tak apa, niat nak buat baik pun insyaAllah dapat pahala.

Dalam istilah pentadbiran, fungsi sebuah kerajaan ialah kolektif. Mudah nak faham, kolektif berasal dari perkataan collect dengan makna kutip. Apa saja yang kerajaan lepas tinggal, tanggungjawab kerajaan baru yang ambil alih untuk kutip. Faham ko dok tu?

Dr Azman Ibrahim