Home Berita PAS Perak

KERABAT Lumut Sedia Berkhidmat

658
SHARE

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoor

Oleh : AKH

LUMUT, Persatuan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) telah bersedia memberikan khidmat

Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lumut kali ke-33, KERABAT Lumut telah menggerakkan ahlinya yang lengkap dengan uniform turut terlibat dengan perbarisan sebagai tanda memberikan semangat kepada usaha bekas Angkatan Tentera Malaysia untuk menaburkan jasa kepada masyarakat.

Pengerusi KERABAT Negeri Perak, Hamidun Ahmad turut mengatakan “KERABAT adalah wadah baru kepada bekas angkatan tentera untuk berjuang bagi membela nasib bekas angkatan tentera di seluruh Malaysia”.

Pengerusi KERABAT Lumut, Zainol Abidin bin Jusuh pula berkata “KERABAT Lumut telah bersedia untuk berkhidmat bagi membela nasib bekas Angkatan Tentera”

“KERABAT Lumut telah menerima borang keahlian seramai 361 orang setakat ini dan mampu digerakkan sebaiknya demi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan”.

Ketika sesi pertemuan bersama Exco Agama Islam dan Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Mohd Akmal bin Kamarudin telah memberitahu banyak perancangan telah dibincang terutama peranan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu bekas Angkatan tentera di Lumut dan seluruh Negeri Perak amnya.

Image may contain: one or more people and hat